ReviewReviewReviewKedudukan Index Rasuah MalaysiaSep 26, '07 11:52 PM
for everyone
Category:Other
Indeks rasuah di Malaysia bertambah baik

KUALA LUMPUR: Malaysia berada dalam kedudukan lebih baik dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan Transparency International (TI) semalam, apabila memperbaiki kedudukannya daripada tempat ke-44 kepada 43 daripada 180 negara yang terbabit dalam kajian berkenaan.

Presiden TI Malaysia, Tan Sri Ramon Navaratnam berkata, Malaysia memperoleh 5.1 mata, naik sedikit berbanding 5.0 mata pada 2006. Mengikut CPI, kutipan mata tertinggi iaitu 10 menunjukkan negara itu bebas daripada masalah rasuah. Beliau berkata, tahun lalu, Malaysia berada dalam kedudukan ke-44 daripada 163 negara yang diukur tahap CPI dan tahun ini TI menambah 16 lagi negara menjadikannya 180 negara turut serta dalam kajian berkenaan.

"Kita berpuas hati dengan pencapaian ini walaupun peningkatannya hanya satu tangga dengan markah naik satu mata. Kita mengambil kira jumlah negara yang mengambil bahagian dalam kajian berkenaan yang meningkat," katanya pada sidang akhbar mengumumkan keputusan itu, semalam. Navaratnam berkata, berdasarkan pencapaian itu, Malaysia perlu memberi perhatian lebih kepada projek besar yang sedang dijalankan dan mengamalkan ketelusan mengenai supaya tidak wujud persepsi yang salah masyarakat mengenai tahap integriti di negara ini.

Beliau berkata, bagi memastikan ketelusan, pihak penguat kuasa juga perlu bebas dan BPR perlu diletakkan di bawah suruhanjaya bebas supaya ia dapat bertindak secara adil dan bebas. Dalam masa yang sama, beliau menyarankan media tempatan memberikan laporan yang lebih mengenai tindakan terhadap pesalah rasuah.

Sementara itu, Badan Pencegah Rasuah (BPR) tidak perlu menunggu arahan kerajaan untuk menyiasat pihak yang disyaki terbabit memberi rasuah, sebaliknya sentiasa membuat pertimbangan berdasarkan peraturan dan undang-undang ditetapkan. Timbalan Ketua Pengarah 1 BPR, Datuk Abu Kassim Mohamed berkata, keputusan BPR tidak dipengaruhi mana-mana pihak, malah ia tidak perlu meminta kebenaran kerajaan termasuk Perdana Menteri atau menteri bagi menyoal siasat seseorang yang disyaki terbabit dalam rasuah.

22 CommentsChronological   Reverse   Threaded
wiraaz2 wrote on Sep 26, '07
maknanya memang mengamal rasual laa jgk yer
halida wrote on Sep 27, '07
Malaysia....dah tentu tengok la kepala2 pengamal nyer......
intanzzz81 wrote on Sep 27, '07
sbb byk rasuah yg tidak dpt dikesan.. dorg byk trick skarang ni... huhuhu
aja49 wrote on Sep 27, '07
Sebab banyak rasuah:-
1. Iman masih tipis bagi orang Islam.
2. Malaysia masih lagi negara miskin - orang masih lagi tidak cukup dengan apa yang mereka perolehi.
halida wrote on Sep 27, '07
Rasuah bukan saja orang Melayu, bangsa lain rasuah juga. In general Malaysia ni memang banyak rasuah la....berbagai kategori rasuah yang ada. Dari yang kecik ke yang besaq.
aja49 wrote on Sep 27, '07
Rasuah adalah satu penyakit yang sukar diubati di negara-negara miskin seperti Malaysia.
kamsol wrote on Oct 7, '07
How did Singapore do it?

I mean how did they manage to contain their corruption level to such a high standard?
aja49 wrote on Oct 7, '07
Negara Singapura lebih kaya daripada Malaysia. Rakyat mereka tidak sepelahap rakyat Malaysia. Ahli-ahli politik mereka juga diberi gaji yang lumayan supaya tidak terjebak dengan rasuah,.
kamsol wrote on Oct 9, '07
Saya rasa sbb org Singapore penakut, takut buat salah nanti kena saman. Org Msia tak makan saman.
aja49 wrote on Oct 9, '07
Orang juga dah lali dengan saman.
halida wrote on Oct 21, '07
Tapi orang Singapora mai Malaysia buat taik....langgar undang2 sana sini tak mau bayar saman....tak makan saman pun ya jugak....tapi bila balik negara depa...amboi...tayar langgar semut pun tak mati....Awat lagu tu....mungkin sebab dulu Singapora pernah dilanggar todak kot...hehehe...
aja49 wrote on Oct 22, '07
Itu yang dinamakan orang Singapura sebagai hipokrit
jazlinannisa wrote on Oct 22, '07
Pegi S'pore mmg best tempat dia bersih tapi meluat tgk org dia eksyen tak hingat punya!
halida wrote on Oct 23, '07
Any Singporean here? Sorry ler..memang depa tu snobbish.
aja49 wrote on Oct 23, '07
They have to be so.
jazlinannisa wrote on Oct 23, '07
???
aja49 wrote on Oct 23, '07
The Singaporeans always think they are superior that's why they always snob.
halida wrote on Oct 24, '07
Oooo.....most Singaporean kot....not all....maybe szamerlin boleh bagi komen? Mana pi dia lama sungguh tak menyampuk.
jazlinannisa wrote on Oct 24, '07
Mmg ada yang ok. Setakat yang Alin kenal dreba teksi S'pore kahkah.
halida wrote on Oct 24, '07
Dreba pun dreba la.....berhemah depa tu....
aja49 wrote on Oct 24, '07
Not many Singaporeans are not snobbish.
halida wrote on Oct 24, '07
aja49 said
Not many Singaporeans are not snobbish.
hahahahahaha...trademark depa.
Add a Comment
How would you rate this thing? (optional)
   
© 2008 Multiply, Inc.    About · Blog · Terms · Privacy · Corp Info · Contact Us · Help